Friday, 22 August 2008

ATAS NAMA CINTA

Tika mata

Diuji manisnya senyuman

Terpamit rasa menyubur harapan


Dan seketika

Terlontar ke dunia khayalan

Hingga terlupa singkat perjalanan

Tersedar aku dari terlena

Dibuai lembut belaian cinta


Rela aku pendamkan

Impian yang tersimpan

Enggan ku keasyikan

Gusar keindahannya

Merampas rasa cinta

Pada Dia yang lebih sempuna


Bukan mudah

Bernafas dalam jiwa hamba

Dan ku cuba

Menghindarkan pesona maya

Kerna tak upaya ku hadapinya

Andai murka-Nya menghukum leka


Diatas nama cinta

Pada yang selayaknya

Kunafikan yang fana

Moga dalam hitungan

Setiap pengorbanan

Agar disuluh cahaya redha-Nya


Biar sendiri hingga hujung nyawa

Asal tak sepi dari kasih-Nya

Kerna sesungguhnya hakikat cinta

Hanya Dia yang Esa


Saratkan hati ini dengan cinta hakiki

Sehingga ku rasai

Nikmat-Nya

Syurga-Nya

Cinta-Nya

Tuesday, 19 August 2008

JANGAN MEMBENCI

Baru2 ni terdengar komen dari seorang kenalan lelaki di universiti. Sy tak pasti kalau ini dinamakan kritikan tapi suara hati lelaki ni diluahkan secara spontan bila ternampak seorang hawa yang berpakaian agak menjolok mata. Katanya, "aku tak suka perempuan macam ni... " Ini kisah yg disampaikan oleh seorang sahabat yg ada berhampiran dgn lelaki tu waktu dia ckp mcm tu.

Seharusnya sy besyukur kerana sy tidak berpakaian mcm tu tapi masih belum sempurna rasanya. Alhamdulillah, sy terpilih utk diberi kesedaran tentang tatatertib dlm berpakaian sebagai seorang wanita muslim. Lebih2 lg dlm kondisi kelas dan kuliah sy ketika ini yang mana lelaki adalah golongan majoriti. Bertambah-tambah rasa segan dan ini mendorong sy utk lebih menjaga diri...hrp2nye mcm tu lah. Alhamdulillah, kawan2 yg baru sy kenali di uitm nmpaknya boleh terima saya. Tapi, bila melihat rakan2 sejantina yg masih belum sempurna penutupan auratnya, sy terfikir, patut ke kita membenci mereka... perlu ke jauhkn diri dr org2 cmtu.. secara fitrahnya, siapa yg tak nak jadi baik, btul tak? Jadi, sy kurang bersetuju bila ada yg membenci wanita semata-mata kerana pakaiannya yg menjolok mata. Zaman sekarang, yg bertutup pun belum tentu tak busuk. Mungkin sy pun mcm tu jgak...

Saya pernah berpesan pd seorang sahabat yg agak aktif dlm kerja2 dakwah, 'bila kau jmpe org yg hidupnya agak bebas, jgn pndang dia dgn kebencian. Pandang dia dgn kasih-sayang. Jgn suke2 hati je nk benci org lain. Tak mustahil satu hari nanti dia boleh jadi lebih baik dari kau. Mungkin dia mati dlm keadaan yg jauh lbih baik dari kita semua.'

Bercerita lagi tentang mati, sy baru tau yg kita akan dijenguk oleh malaikat izrail 70 kali sehari. Maksudnya, setiap 1234 saat, kita akan dihampiri oleh malaikat maut. Thanx to Hafiq Annas yg bgtau sy tentang hal ini. Mungkin ini sebabnya Hafiq Annas menganggap masa itu maut, bukannya emas mcm dlm pepatah Melayu atau pedang mcm dlm pepatah Arab. 'Masa itu maut' hmm... ini pendapat yg sgt baru bg saya. Tak pernah dgr sblum ni.

Berbalik kepada kisah wanita yg tidak menutup aurat, sy pnh menjadi sebhgian dr mereka. Tp akhrnya ksdrn tu dtg dgn izin Allah, bukan melalui paksaan sesiapa tp melalui suasana persekitaran yg seolah 'menegur' sy dgn cara yg paling lembut. Bertuah, pnh hidup dlm suasana yg begitu...tak mcm org lain yg surroundingnya jauh lbih mencabar dari sy..

Dan skrng, sy melihat mereka spt diri sy yg dulu. Mereka juga perempuan yg hatinya lembut dan rapuh... perlu dilentur dgn sgt berhati-hati dan sy juga masih belum lurus sepenuhnya.

Semoga segala kekurangan dpt saling ditutupi, semua kelalaian akn saling diingatkan kembali...kerana antara kita semua tiada yg sempurna.

Selamatkan wanita...

Tuesday, 12 August 2008

HAPPY BELATED BIRTHDAY

Tak terasa sudah 18 tahun berlalu selepas dilahirkan. Bertambah setahun lg usia pd tanggal 08.08.08. Tarikh yg sgt cantik. Bak kata org cina, 'ada ong!'

Alhamdulillah, masih lg berkesempatan menghirup udara percuma di muka bumi milikNya ini. Masih lg punya masa andai ada yg ingin diperbaiki. Harus, tak mungkin tiada langsung kekurangan yg perlu diperbaiki. Masih banyak dlm hidup ni yg perlu di'upgrade'.

Syukur, Allah masih mengizinkan saya sujud tanda terima kasih yg tak terhingga. Masih mampu mengalirkan air mata di atas sejadah walaupun selama ini tak sedar yg saya sering 'menjauhkan diri' dariNya... Tapi, masih...Dia tak pernah lupa pd hamba2Nya...dan tak mungkin akan lupa.

Bila usia semakin bertambah, teringat pula seruan yang semakin kuat. Mati...kian menghampiri setiap detik. Dalam gembira bercampur terharu menerima ucap selamat dari keluarga dan kenalan, terselit juga bimbang di hati andai hari ini yang terakhir buat saya di sini. Lebih2 lg bila mendengar kisah kawan2 yg pernah kehilangan insan2 terdekat dgn mereka di usia yang sangat muda. Masih muda ke saya ni?

Setiap yang mula pasti ada pengakhirannya. Begitu juga hidup manusia. Dan yang lebih pasti, saya belum bersedia untuk mengakhiri hidup ini...