Wednesday, 7 May 2008

Di sebalik 3 kelakuan Imam Syafi'ie

Imam Ahmad merupakan seorang ulama besar dalam bidang hadis di kota Baghdad. Beliau merupakan anak murid Imam Syafi'ie. Imam Ahmad sangat menghormati dan mengagumi gurunya itu dan beliau selalu menceritakan perihal Imam Syafi'ie kepada puterinya yang solehah. Ini menyebabkan puterinya itu berkeinginan untuk bertemu secara langsung dengan Imam Syafi'ie, guru kepada ayahnya yang terkenal dengan kezuhudan, ketaqwaan dan kebaikan.

Suatu hari, Imam Ahmad mengundang Imam Syafi'ie ke rumahnya. Imam Syafi'ie datang ke rumah Imam Ahmad selepas selesai solat Isya' . Setibanya Imam Syafi'ie di rumahnya, Imam Ahmad terus mempersilakan tetamunya itu menjamah makanan yang telah disediakan. Imam Syafi'ie makan dengan banyak pada malam itu. Selesai makan, kedua-dua ulama' ini saling berbincang sebelum Imam Syafi'ie merebahkan badan di dalam bilik yang telah disediakan khas untuknya.

Setelah tiba waktu Subuh, Imam Syafi'ie terus mengikut Imam Ahmad menuju ke masjid untuk menunaikan solat berjemaah.Kedua imam itu hanya kembali ke rumah Imam Ahmad selepas waktu Dhuha. Setibanya di rumah, puteri Imam Ahmad terus menemui ayahnya sementara Imam Syafi'ie masuk ke kamar.

Ternyata, puterinya itu seakan tidak percaya bahawa tetamu mereka itu ialah Imam Syafi'ie. Puteri itu menyatakan kepada ayahnya tentang kemusykilannya mengenai tiga perkara berkaitan Imam Syafi'ie berdasarkan apa yang diperhatikan sepanjang tetamu mereka itu bersama mereka. Kemusykilan2 itu adalah mengenai:

  1. Imam Syafi'ie dilihat makan dengan begitu banyak.
  2. Imam Syafi'ie terus merebahkan badan setelah masuk ke bilik dan langsung tidak bangun untuk solat malam sedangkan solat malam ialah amalan para ulama'.
  3. Ketika waktu subuh tiba, Imam Syafi'ie dilihat tidak mengambil wudhu' untuk menunaikan solat Subuh di masjid
Imam Ahmad sedikit bingung dengan apa yang diberitahu oleh puterinya itu. Lalu beliau pergi meminta penjelasan dari Imam Syafi'ie sendiri kerana enggan bersangka buruk terhadap gurunya itu. Imam Syafi'ie tersenyum mendengar pertanyaan Imam Ahmad lalu menghuraikan kemusykilan puteri Imam Ahmad.

  1. Imam Ahmad merupakan seorang yang pemurah dan semua makanan yang dihidangkan adalah halal. Menyedari itu, Imam Syafi'ie makan dengan banyak kerana makanan yang halal banyak berkatnya dan makanan dari orang yang pemurah adalah ubat.
  2. Kitab Allah dan Sunnah Rasulullah Salallahu 'alaihi Wasallam seolah terhampar d depan mata Imam Syafi'ie sebaik beliau berbaring. Imam Syafi'ie mengkaji kedua-duanya sehingga beliau tidak tidur sepanjang malam dan tidak juga bangun untuk bersolat. Hasilnya, pada malam itu Imam Ahmad telah berjaya memecahkan 72 masalah fiqh.
  3. Imam Syafi'ie tidak berwudhu' untuk solat Subuh memandangkan wudhu' solat Isya'nya masih belum batal kerana beliau langsung tidak tidur sepanjang malam itu.

3 comments:

mahir said...

ya Allah..betapa hebatnye imam assyafie ni..
ni lah makhluk ciptaan Allah yg Agung.
"wallahuala kulli syain qadir.."

ahmad baihaqi Saharun said...

Kitab Allah dan Sunnah Rasulullah Salallahu 'alaihi Wasallam seolah terhampar d depan mata Imam Syafi'ie sebaik beliau berbaring. Imam Ahmad mengkaji kedua-duanya sehingga beliau tidak tidur sepanjang malam dan tidak juga bangun untuk bersolat. Hasilnya, pada malam itu Imam Ahmad telah berjaya memecahkan 72 masalah fiqh.


cm ade pning2 lalat je nak phm..imam ahmad ke imam shafei?

ilazahiy said...

to ahmad baihaqi
err...xprasan plak t'salah taip...
thnx ye...
nnti sy edit..