Tuesday, 22 April 2008

AL-ANDALUS



hmm..baru2 ni sy ada terbaca satu artikel tentang sejarah pemerintahan Islam di bumi Andalus. Artikelnya ringkas dan saya akui, masih banyak fakta yg tidak dimuatkan dlm artikel tu. Tapi, saya masih tergerak hati untuk berkongsi...x bnyk, mungkin sikit drpd apa yg saya baca.
Sejarah Islam di Sepanyol bermula pada tahun 92 Hijrah ketika panglima Tariq bin Ziyad, Musa bin Nusair dan Abdul Aziz bin Musa berjaya memasuki Sepanyol melalui Jabal Tariq(Gibraltar). Tepatnya, pada tanggal 30 April 711M. Tariq bin Ziyad memberi nama Al-Andalus kepada Sepanyol.

Antara yang menarik perhatian sy mengenai sejarah Andalus ini adalah mengenai kisah Abdul Rahman Ad-Dakhil yg telah m'dirikan khilafah Bani Umaiyah di Sepanyol. Abdul Rahman pernah diundang menghadiri majlis yg dianjurkan oleh penganut Kristian. Beliau dihidangkan dengan arak. Rasa2nye...kalau kite di'offer' dgn arak, kite cume akan menolak dgn alasan arak haram di sisi Islam. Tp, Abdul Rahman Ad-Dakhil menolak dengan mengatakan, "aku memerlukan tambahan untuk otakku, bukan untuk mengurangkannya"

Gemilangnya Islam di Andalus hinggakan ramai penduduk yg tertarik dan akhirnya menganut agama Islam. Dan, biaselahkan...mesti ade yg dengki dgn keadaan ni...puak Kristian ternyata x nk berdiam diri. Mereka sentiasa inginkan kekusaan kembali kpd mereka. Ejen perisikan dihantar utk mencari kelemahan Islam, msm mane nk jatuhkan kerajaan Islam.
Dan akhirnya, satu formula dirumuskan.

Untuk menghancurkan Islam di Spain, ade satu cara:
"LEMAHKAN IMAN MEREKA DENGAN SERANGAN PEMIKIRAN DAN BUDAYA"
dan nmpknye, formula ini masih digunakan oleh musuh2 Islam sehingg ke hari ini...kita semua boleh nmpak hasilnye kan???

Berdasarkan formula di atas, Kristian memulakan langkah seterusnya:
  1. secara snyap2, rokok dan arak dibawa masuk secara percuma ke wilayah Spain.
  2. muzik diperdengarkan supaya muda-mudi Islam lebih suka menyanyi dan menari drpd m'bc Al-Quran.
  3. Sejumlah ulama palsu dibawa masuk yg tugasnya adalah memecah-belahkan umat Islam.-hasilnye, umat Islam brpecah dan menjadi lebih drpd 20 puak.

sikit demi sikit, usaha mereka m'buahkan hasil.

Ketika rakyat hidup dlm keadaan berpecah-belah, berlaku pelbagai pemberontakan. Demi menamatkan pemberontakan rakyatnya, gabenor di daerah Balansiah yg bernama Abu Zaid telah memeterai p'janjian dgn Raja Kristian Choinawi. Bantuan Choinawi diharapkan utk menamatkan p'berontakan itu. Lebih menjengkelkan, Abu Zaid dgn sewenag-wenangnya m'pertaruhkan maruah Islam. Sebagai habuan, Abu Zaid menawarkan bbrapa kaw. di Spain utk Choinawi dan b'janji akn m'byr 'jizyah' tahunan. Tak ke pelik namenye? Jizyah tu kan cukai p'lindungan yg p'lu dibyar oleh non-muslim yg tinggal di wilayah Islam? ni dah t'balik pulak...

Kristian terus m'beri tekanan agar pemerintah2 Islam di Spain berundur. Sehingga terjadi satu peristiwa berdarah yg sgt memilukan...

Pada thn 892 hijrah, umat Islam di Spain telah ditipu dan dibunuh beramai2...rasenye rmai yg dh tau psl ni sbb crite ni slalu dikaitkan dgn sjrh 'april fool'

Umat Islam diberi jaminan utk meninggakan Spain demi menyelamatkan diri. Kononnya, ade kapal2 yg dh b'sedia menanti mereka di pelabuhan. Mereka tertipu, yakin dgn janji tersebut dan meninggalkan rumah mereka lalu menuju ke pelabuhan. Sebaik rumah2 mereka ditinggalkan, tentera Kristian menggeledah rumah2 itu dan m'bakarnya. Sementara di pelabuhan, kapal2 yg kononnya akan membawa umat Islam meninggalkan Spain dibakar dan mereka terkandas di pelabuhan. Akhirnya, berlaku pembunuhan beramai2 yg sangat, sangat memilukan. Kisah ini dipercayai terjadi pd tanggal 1 April dan juga dikaitkan dgn asal-usul april fool. sbb tu la org Islam x boleh ngade2 nk celebrate april fool ni...

Tekanan demi tekanan akhirnya berjaya melemahkan kerajaan Islam hingga pd 21 Muharram 897H, raja terakhir kerajaan Islam Granada, Abu Abdullah dari puak Bani Al-Ahmar menandatangani perjanjian dgn Raja Kristian Ferdinand dan Isabella. Dengan itu, berakhirlah penguasaan Islam di Sepanyol...

AHHAA...saya sbnrnye mcm x p'caya yg sy baru je menulis tntang sejarah, pdhl dulu punyela malas nk bkak buku teks sej...pastu x dpt A1 wak2 SPM...haha..pdn muke...kadang2 tu t'fikir, buat ape nk blaja sejarah, cite psl bende2 lame, org yg dah mati...tp sejarah ni penting sbnrnye...

"sejarahlah yg memberitahu siapa kedua org tua kita, siapa nama datuk nenek kita. sejarah jugalah yg mmberitahu kpd kita tmpat dan tanggal lahir kita. sejarah juga yg akan m'brtahu kpd generasi m'datang bahawa mereka ada, sbb kita lebih dulu ada..........."-dipetik dr novel Ketika Cinta Bertasbih karya Habiburrahman el-Shirazy.....

so, rajin2 bc sejarah!


No comments: