Sudah masuk 22 Safar...terfikir untuk buat countdown dan memupuk excitement menantikan satu tarikh.
Syukur alhamdulillah petang ini aku jumpa satu jalan selamat. Escapism dari belenggu hebat yang buat jiwa serabut. Musim-musim exam begini, janganlah dibiarkan walau sesaat hati ni meliar..sangatlah buruk padahnya.
Terjadi sesuatu dalam tempoh yg singkat. Pandangan kasar kata biasa-biasa saja....tp hakikatnya memberi kesan yang..masyaAllah...amik kau! Sekali dua fikir macam bengong jugak aku ni rupanya...boleh pulak blur2 buat perangai bila disuakan penawar. Macam budak kecik demam yg taknak makan ubat. Kan dah kata, jangan dipandang enteng soal ini...kau bukan tak pernah merasa kan Sri???
'doktor' ini pula merawat tanpa beri prescription..manalah aku nak tahu...tapi...terima kasih...
~MéLodie éteRNelle~
"...of a hidden soul...reAcHinG fOR tHe LOVE tHat sEems so fAr..." "....indah bukan rupa...harum bukan bunga...manis bukan gula...panas bukannya bara...gelap bukan malam..terang bukan siang..SATU tak terbilang...hanyut tak terenang...waktu tak terasa...rindu tak terkata..."
Sunday, 15 January 2012
Monday, 28 November 2011
silence
Lelaki berpakaian serba putih. Tuxedo mungkin…jelas wajahnya girang. Terujanya dia berkongsi gembira, bahawa hari itu adalah hari bahagianya. Entah gimik apa yang dilakukan, lelaki itu disuruh mencari ‘pengantinnya’ dari kalangan wanita yang kesemuanya berhijab. Satu demi satu wajah di sebalik selubung hitam dinafikan.
Akhirnya dia menuju kearah yang serba putih. Ini ‘pengantin’nya….dan semua terdiam memandangnya yang mula mahu menangis. ‘Pengantin’ serba putih itu pula kian pucat wajahnya. Lama-kelamaan semua mula tersedar…yang dikatakan ‘pengantin’ itu pucatnya macam tak bernyawa..kaku kebiruan...seolah melambangkan kematian...
Jadi apa sebenarnya yang ingin disampaikan?
Bahawa kita semua akhirnya akan ‘berkahwin’ dengan kematian??
Jadi apa sebenarnya yang ingin disampaikan?
Bahawa kita semua akhirnya akan ‘berkahwin’ dengan kematian??
Nah, amik kau sebijik Sri!
*
Akhir-akhir ini terasa agak restless. Tekanan demi tekanan yang aku fikir berpunca dari dalam ini buat aku rasa mahu 'lari' dan berdiam diri sebentar. Bukan aku tak sedar gelisahnya. Bukannya aku tak rasa resahnya. Bila tanggungjawab paling asas aku tangani tidak sepenuh hati, dengan kerelaan yg adakalanya teramat nipis. Sedangkan aku tahu, tempoh untuk semuanya tak akan bertambah panjang tapi makin hari makin singkat. Mulalah semuanya jadi serba tak kena.
Akhir-akhir ini terasa agak restless. Tekanan demi tekanan yang aku fikir berpunca dari dalam ini buat aku rasa mahu 'lari' dan berdiam diri sebentar. Bukan aku tak sedar gelisahnya. Bukannya aku tak rasa resahnya. Bila tanggungjawab paling asas aku tangani tidak sepenuh hati, dengan kerelaan yg adakalanya teramat nipis. Sedangkan aku tahu, tempoh untuk semuanya tak akan bertambah panjang tapi makin hari makin singkat. Mulalah semuanya jadi serba tak kena.
"وما خلقت الجن والإنس إلا ليعبدون"
Kalau untuk ini pun aku gagal temui nikmatnya, mana nak letak muka bila tangan berani menadah meminta-minta?
*
Ada sahaja yg mahu dilambainya. Pantai Mediterranean yang tak pernah terjangkau di pandangan itu terus-terusan mahu mengirim sesuatu. Bila dihitung, hampir lima tahun rupanya aku sering di’ziarah’...
Dalam sedar, aku tak pernah mahu tahu apa2..tak pernah mahu mengintai dan menjenguk mahupun mencuri dengar...tapi bila di bawah sedar, yang aku tak mahu tahu itulah yang selalu aku terima khabarnya.
Hairan?
Monday, 21 November 2011
tunduk

Walking like I am nobody
Hati yang tidak sebesar mana...mudah sesak bila diasak...
Memikirkan senyuman yg terukir dalam diam...akhirnya buat air mata menitis lagi...
Bukankah syari'ah itu sudah berkali-kali disua sebagai penasihat yang paling memahami?
"Tiada ketaatan dalam perkara yang menderhakai TUHAN:ALLAH"
dalam tak sedar, kadang-kadang tindakan kita seolah-olah meraikan budaya yang membelakangkan hukum Tuhan...
semakin tak faham...kadang-kadang..di mana kita letakkan batasan dalam 'go with flow'
Dengan sensitiviti yang semakin melayang, dihidangkan bayangan ngeri tentang kehidupan yang sebenarnya sebahagian daripada realiti di luar sana...aku sangat cemas dengan aksi gila, suara jeritan sengsara dan ketawa syaitan yg seperti itu. Tolonglah, jangan takutkan aku lagi. Sekuat mana pun aku menekup telinga, aku tetap tersedu dan menggigil ketakutan.
Subscribe to:
Posts (Atom)
